Pembaca al-Quran sebenarnya mempunyai
kedudukan terpuji di dunia dan akhirat. Mana tidaknya di saat orang ramai
berharap bantuan dan pertolongan di Hari Kiamat, pembaca al-Quran dijanjikan
dengan syafaat yang tersendiri. Ini seperti sabdanya yang bermaksud “Bacalah
al-Quran kerana dia pada hari kiamat akan datang memberi syafaat kepada para
sahabatnya (Riwayat Muslim).

Justeru, masyarakat Islam diajak turut
sama membaca al-Quran ataupun mendengarkan bacaannya setiap hari. Ini supaya
aktiviti membaca al-Quran dapat dilakukan sepanjang masa dan tidak terhad
melalui aktiviti khatam al-Quran di majlis-majlis tertentu sahaja.
Molek juga jika dapat diprogramkan untuk
khatam sebulan sekali ataupun setidak-tidaknya setahun sekali agar al-Quran dan
pengajarannya dekat dengan hati sanubari setiap muslimin. Begitu pula
disarankan agar di rumah, di pejabat, di toko-toko perniagaan mahupun di dalam
kenderaan diperdengarkan bacaan al-Quran demi mengharap ganjaran yang
dijanjikan.
Kedudukan al-Quran sebagai kitab suci
yang dipelihara Allah daripada sebarang penyelewengan dan kekurangan jelas
dapat dilihat dari sudut kemukjizatannya dalam pelbagai bidang sains dan
teknologi masa kini. Ia sekali gus mengajak ilmuwan untuk terus mengkaji dan
meneliti kebenaran al-Quran seraya beriman dengan Allah SWT Tuhan sekelian
alam.
DR. MOHD. ALI MUHAMAD
DON
Sumber: https://epondok.wordpress.com/
0 Comments:
Your Comment here (Komen anda di sini)