
SESEKALI diberi ujian, adakalanya membuatkan kita ‘lumpuh’ sehingga gagal memikirkan jalan keluar.
Apatah lagi, ia ditambah dengan emosi yang tidak tenteram dan jiwa tidak tenang, maka semakin terhimpitlah kehidupan kita.
Sebenarnya, kita lupa bahawa ALLAH SWT sudah menyediakan jalan
penyelesaiannya tanpa sesaat pun meninggalkan kita.
Jika kita dalam keadaan itu, apa patut dilakukan?
Mudah sahaja, beristighfar dengan menyebut ‘Astaghfirullah’.
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang
melazimkan istighfar, nescaya ALLAH pasti akan menjadikan baginya jalan keluar
dari setiap kesempitan. Dan kelapangan daripada setiap kesedihan dan memberinya
rezeki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Riwayat Abu Dawud)
Dengan beristighfar, kita sebenarnya kembali kepada ALLAH SWT
dan menginsafi kembali, apakah masalah itu datangnya akibat kelalaian diri
sendiri atau kesilapan masa lalu kita?
Rasulullah SAW yang maksum itu pun sentiasa beristighfar
sebanyak 70 kali sehari memohon keampunan-Nya!
Bagaimana kita yang banyak dosa ini agak sukar untuk
beristighfar?
Apa kata selepas ini kita cuba istighfar setiap hari.
Mudah-mudahan dosa kita akan diangkat ke langit dan akan
terbukalan jalan-jalan yang akan memudahkan urusan yang tertangguh.
Usah sombong untuk beristighfar kerana ALLAH SWT sedang menguji
dan menilai siapakah yang menjadi tempat kita bergantung pada saat kita diuji.
Oleh:Muhd Nasruddin Dasuki
Sumber: https://epondok.wordpress.com/
0 Comments:
Your Comment here (Komen anda di sini)