"Tak ada lagi
bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya ingat dan memberikan ketenangan
kepada seseorang kecuali membaca Al-Qur'an ...".
Dr. Al Qadhi,
melalui penelitiannya yang panjang dan serius di Klinik Besar Florida Amerika
Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran,
seorang Muslim, baik mereka yang berbahasa Arab mahupun bukan, dapat merasakan
perubahan fisiologi yang sangat besar.
Penurunan tekanan,
kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, menangkal berbagai macam penyakit
merupakan pengaruh am yang dirasakan orang-orang yang menjadi objek kajiannya.
Penemuan sang dokter ahli jiwa ini tidak menentu.
Penelitiannya
disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan tekanan
darah, detak jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran
elektrik.
Dari hasil uji
cobanya beliau telah membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar
hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.
Kajian Dr. Al Qadhi
ini diperkuat pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza.
Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam
Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan
ketenangan sampai 97% bagi mereka yang mendengarkannya.
Kesimpulan hasil
uji cuba tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan
Universiti Boston. Objek kajiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri
dari 3 lelaki dan 2 wanita. Kelima orang tersebut sama sekali tidak mengerti
bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya
adalah Al-Qur'an.
Kajian yang
dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, iaitu membaca Al-Qur'an
dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.
Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar
bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa
Arab yang bukan dari Al-Qur'an.
Al-Quran memberikan
pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr.
Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di
Malaysia pada tahun 1997. Menurut penyelidikan yang dijalankan, bayi yang
berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape
recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu
kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Quran.
Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar
bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.
Jika mendengar
muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan
emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ
dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).
Maha benar Allah
yang telah berfirman,
"Dan apabila
dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar
kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).
sumber: jurnalhajiumroh.com
0 Comments:
Your Comment here (Komen anda di sini)