ALLAH
telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa
menerima ujian, kadang-kala DIA menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya
dengan kesukaran. Individu yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya
Al-Quran, gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian lalu lekas kecewa dan
lemah pengharapan. Walau bagaimanapun, ALLAH tetap mendedahkan rahsia paling
penting di dalam Al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja
yang mampu melihat. Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
“Kerana
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah
kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)
Seperti mana yang ALLAH telah jelaskan pada ayat-ayat tersebut,
walau apapun kesukaran yang dihadapi atau bagaimana ia diatasi, ALLAH
menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambaNYA yang
beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNYA akan dapat menyaksikan bahawa ALLAH
sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana
hambaNYA itu kekal sabar. Dalam firmanNYA yang lain, ALLAH memberikan khabar
gembira berupa petunjuk dan rahmat buat para hamba yang sentiasa takut dan
mengharap padaNYA.
“...Barangsiapa
yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang
bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah
a-Talaq: 2-3)
ALLAH tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.
“Dan
janganlah kamu dekati harta anak yatim kecuali dengan cara yang lebih
bermanfaat hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan
dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar
kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil
walaupun dia adalah kerabatmu, dan penuhilah janji ALLAH. Yang demikian itu
diperintahkan ALLAH kepadamu agar kamu ingat.” (Surah al-An’aam: 152)
Sumber: http://ms.harunyahya.com/
0 Comments:
Your Comment here (Komen anda di sini)