Thursday, March 10, 2016

Kelebihan Beri salam Kepada Kanak-Kanak

DARIPADA Anas r.a. satu ketika dia berjalan melalui kumpulan kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan dia berkata : “Bahawa Rasulullah SAW sentiasa lakukan seperti yang aku lakukan ini (iaitu memberi salam kepada kanak-kanak).” – Riwayat Bukhari dan Muslim.
Huraian:
1.      Sunat memberi salam kepada kanak-kanak untuk mengajar mereka kelebihan salam, mendidik dan membaikkan hati mereka.
2.  Kanak-kanak merupakan sebahagian anggota masyarakat yang perlu kepada didikan secukupnya untuk membantu mereka menjadi orang berguna kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan negara.
3.  Islam tidak membataskan umatnya membuat kebaikan sekalipun kepada kanak-kanak seperti memberi salam yang mana amalan ini merupakan sunnah Rasulullah SAW.
Sunat menggunakan anggota kanan
DARIPADA Aishah r.a. katanya, “Bahawa Rasulullah SAW suka mendahulukan anggota kanan dalam semua perkara yang dibuatnya seperti ketika baginda bersuci, menyikat rambut dan memakai seliparnya,” – Riwayat Bukhari dan Muslim.
Huraian:
1.     Mendahulukan anggota kanan di dalam semua perbuatan yang baik seperti ketika bersuci, menyikat rambut, memakai selipar dan lain-lain adalah mengikut sunah Rasulullah SAW.

2. Bersuci, menyikat rambut, memakai selipar dengan mendahulukan sebelah kanan hukumnya sunat.

Sumber: https://epondok.wordpress.com/

0 Comments:

Your Comment here (Komen anda di sini)