Pengalaman memakai hijab ketika Hari Hijab
Sedunia telah menarik seorang gadis Inggeris untuk lebih mempelajari tentang
Islam dan tak lama kemudian ia memeluk Islam.
Jessica Rhodes (21) mengatakan kepada Muslim
Mirror bahawa ia mengambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia dengan memakai
tudung selama sebulan.
"Saya ambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia
pertama dan mencabar diri saya sendiri untuk memakai hijab selama
sebulan," katanya, seperti dilansir Onislam.
"Kemudian Saya mula membaca Al-Quran dan
kalimat-kalimat di dalam Al-Quran kelihatan tampak logik dan jelas, daripada
dalam Bible di mana mereka cenderung banyak omong kosong," tambahnya.
Gadis yang berasal dari Norway tersebut adalah
satu di antara beberapa non-Muslim di seluruh dunia yang turut mengenakan
pakaian Muslimah dalam acara Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu.
Acara tersebut bermaksud untuk memperkenalkan
tudung kepada dunia, bahawa pakaian Muslimah itu bukanlah simbol penindasan
tetapi justeru untuk menjaga kehormatan.
Setelah pengalaman memakai tudung itu, Rhodes mula
membaca lebih banyak tentang Islam untuk lebih memahami agama yang lurus ini.
"Saya juga melakukan beberapa pemerhatian
tentang Islam secara keseluruhan dan merasakan bahawa ini (Islam) adalah sebuah
agama yang inklusif yang boleh memberikan saya jawapan-jawapan yang Saya
cari-cari," katanya.
Saat memutuskan memeluk Islam, Rhodes menghadapi
pelbagai reaksi daripada orang-orang terdekatnya. Ibu bapa tidak suka, walaupun
menerimanya.
"Ibu bapa saya tidak senang tetapai mereka
menerima keputusan saya. Ipar-ipar saya telah sangat menyokong, "kata
Rhodes.
Sebahagian kawan-kawan Rhodes senang atas
keputusannya menjadi Muslimah, sebahagian yang lain cuba mendebatnya sementara
sebahagian yang lain menjauhi Rhodes, hal yang hampir semua muallaf
mengalaminya.
Muallaf di Britain terus meningkat. Menurut kajian
terbaru, di Inggeris selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang
sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk banyaknya
surau. Berdasarkan data dari British Institute of Gatston, rata-rata, ratusan
warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, demikian Al Jazeera melaporkan.
Jumlah muallaf sangat mencolok di penjara dan di
sekolah-sekolah. Al-Jazeera mendapati bahawa diantara sejumlah muallaf terdapat
begitu banyak remaja, termasuk mereka yang berasal dari Brazil, Luxembourg, dan
Sweden
Sumber:http://www.sabahdaily.com/
0 Comments:
Your Comment here (Komen anda di sini)