Hati perlu tetap teguh dan jiwa harus tetap utuh, tidak boleh ada kata
rapuh, jatuh atau bahkan lumpuh. Hidup terus berjalan, dan kita harus berusaha
untuk menghadapinya dengan lebarnya senyuman.
Selalu Berfikiran Positif
Berfikiran positif akan membuat tubuh lebih sihat. Melihat segala
sesuatu dari sudut pandang yang lebih membahagiakan. Berikut adalah 5 kelebihan
orang yang selalu berfikiran positif, dari penulis K. Wardhanie
1. Berfikiran
Positif: Melihat Masalah Sebagai Cabaran
Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai cubaan hidup yang
terlalu berat dan membuat hidupnya jadi terasa paling sensara di dunia. Dia
merasa tercabar untuk mengatasi sesuatu dengan tenaga yang dia miliki.
Dia merasa hidup ini adalah rentetan cabaran yang tidak akan pernah
berhenti. Ketika cabaran itu sukar, maka dia akan berkata, “Ini memang sukar
tapi kita dapat melakukannya.”
Dia mengkedepankan berita gembira daripada berita buruk.
2. Berfikiran
Positif: Menikmati Hidup
Fikiran positif akan membuat seseorang menerima keadaan dirinya dengan
besar hati. Apa yang ada pada dirinya adalah sumber motivasi luar biasa yang
dapat menampung diri dan hatinya untuk tetap bertahan dalam keadaan apa pun.
Dia boleh saja untuk merasa longlai tidak bermaya, namun dia memilih
untuk mensyukuri apa yang ada dan kemudian mencuba bersikap yakin
atasnya.
Dia tidak mudah terpengaruh oleh ejekan orang dan mencuba teguh berdiri
menikmati hidup yang diamanahkan Allah kepadanya. Dalam konteks ini, memang
akan ada banyak fitnah dan cakap orang tentang keadaan kita.
Sebaiknya kita tidak perlu tenggelam dan sibuk mendengar cakap orang tentang
keadaan kita. Kerana sekencang manapun percakapan itu, tidak akan membantu
keadaan kita.
Maka nikmati sahaja hidup ini dengan selalu berusaha dan tidak putus asa
kerana Allah adalah tempat berharap yang paling utama.
3. Berfikiran
Positif: Berfikiran Terbuka Untuk Menerima Saranan dan Idea
Selalu lebih memilih banyak mendengar dan lebih sedikit berbicara.
Bersedia untuk dikritik dan selalu bersegera membenihkan diri. Apatah lagi
apabila kita masih berusia belia, masukan dan nasihat yang bermakna akan sangat
kita perlukan.
Tugas kita adalah mencuba berikhtiar dengan betul, menyandarkan hati
pada Allah atas segala keputusan yang akan kita hadapi.
4. Berfikiran
Positif: Segera Menghapuskan Fikiran Negatif
Memelihara fikiran negatif dapat diibaratkan membangunkan singa tidur.
Fikiran – fikiran negatif nantinya akan membentuk peribadi – peribadi skeptikal, spesimis dan
mengalah sebelum bersaing.
Daya saing seseorang menjadi sangat rendah. Kredibilitinya dipersoalkan
dan dilihat sebagai tidak mampu dipercayai. Bila keadaan sudah seperti ini,
maka tidak sama sekali akan menguntungkan. Maka abaikan dan hapuskan fikiran
negatif yang bersarang di hati.
5. Berfikiran
Positif: Mensyukuri Apa Yang Dimiliki
Merupakan sebuah kebahagian luar biasa, apabila kita lebih sibuk
mensyukuri apa yang kita miliki dan tidak mencaci apa yang kita tidak miliki.
Hidup ini adalah rentetan syukur tidak berkesudahan , bukan caci maki kufur
nikmat yang tidak akan habis dikenang.
Apa yang ada di tangan lebih bererti daripada apa yang ada di pandangan.
Angan – angan yang membayangkan hanya akan menyisakan harapan tidak berkesudahan, sedangkan
rasa syukur terhadap apa yang dimiliki dapat menampung jiwa untuk mejadi hamba
Allah yang bersyukur.
Selalu melihat pada kesukuran hati dan tidak mendongak ke atas terhadap
apa yang tidak kita miliki. Ini adalah masalah sejauh mana kita bersyukur, dan
sejauh mana usaha kita menghindari kekufuran. Selalu sahaja ada nikmat yang
tiada pada diri kita, dan selalu sahaja ada kekurangan yang kita miliki.
Mustahil untuk memiliki segala nikmat di dunia ini. Berhenti berangan
dan lebih yakin dengan apa yang ada di tangan sangat disarankan bagi hati
hamba yang lemah seperti kita.
Sumber:akuislam.com
Sumber:akuislam.com
0 Comments:
Your Comment here (Komen anda di sini)