
SEBELUM tidur kita disunatkan berwuduk. Sekiranya
terbatal, perlukah bangun dan memperbaharui wuduk dan apakah kelebihan berwuduk
sebelum tidur?
Daripada
al-Bara’ bin ‘Azib R.Anhuma, katanya: Rasulullah SAW bersabda kepadaku
maksudnya: “Apabila kamu datang ke tempat perbaringan, hendaklah kamu berwuduk
seperti wuduk solat, kemudian berbaring atas lambung kanan dan berdoalah: ‘Ya
Allah, aku serahkan diriku pada-Mu dan aku serahkan urusanku pada-Mu. Aku
sandarkan belakangku kepada-Mu dengan penuh rasa harap dan takut kepada-Mu.
Tiada tempat bersandar dan selamat selain daripada-Mu. Aku beriman dengan
kitab-Mu yang Kamu turunkan dan nabi-Mu yang Kamu utuskan.’”
“Sekiranya
kamu mati, nescaya kamu mati di atas fitrah dan jadikanlah rangkuman
doa ini sebagai akhir apa yang kamu baca. (Riwayat al-Bukhari – 6311)
doa ini sebagai akhir apa yang kamu baca. (Riwayat al-Bukhari – 6311)
Dalam
sebuah hadis yang turut diriwayatkan al-Bara’ bin ‘Azib R.Anhuma, Nabi SAW
bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu pergi ke tempat perbaringan kamu, maka
hendaklah kamu wuduk seperti kamu wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di
lambung sebelah kananmu.” (Riwayat al-Bukhari – 247 dan Muslim – 2710)
Menjawab
persoalan di atas, apabila seorang Islam berwuduk untuk tidur dan kemudian
terbatal sebelum dia tidur, maka sunat baginya mengulangi wuduk.
Ini
kerana maksud wuduk ialah supaya seseorang tidur dalam keadaan suci.
Berdasarkan
sebuah hadis daripada Muaz bin Jabal R.A, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Tiada seorang Islam yang tidur dengan berzikir dan dalam keadaan taharah,
kemudian dia terjaga pada waktu malam, lalu dia memohon kepada Allah kebaikan
di dunia dan akhirat, kecuali Allah SWT perkenankan hajatnya.” (Riwayat Abu
Daud – 5042) dan Ibn Majah – 3881)
Muhammad
Kamil Abd al-Somad, dalam bukunya al-I’jaz al-Ilmi fi al-Islam wa al-Sunnah al-Nabawiyah menjelaskan,
manfaat dalam wuduk sangat besar untuk tubuh badan manusia.
Mula
daripada membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air
ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua-dua tangan sampai siku,
mengusap kepala, membasuh telinga, kemudian membasuh kaki hingga buku lali.
Justeru,
bagaimana pula jika dilakukan wuduk sebelum tidur? Ramai pakar kesihatan
menganjurkan agar membersihkan kaki, mulut dan muka sebelum tidur.
Bahkan,
sejumlah pakar kecantikan yang menghasilkan alat kecantikan mencadangkan agar
dapat menjaga kesihatan kulit muka.
Selain
itu, galakan berwuduk juga mengandungi nilai ibadat yang tinggi.
Jika
seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah.
Sebenarnya,
terlalu banyak rahsia dan hikmah wuduk kerana kita yakin setiap perintah Allah
pasti mempunyai maslahat dan manfaat serta menolak mudarat.
Sumber: https://epondok.wordpress.com/
0 Comments:
Your Comment here (Komen anda di sini)