Allah SWT dan Rasul-Nya tidak meninggalkan umat Islam tanpa petunjuk dalam usaha mencari penghidupan kerana rezeki diatur serta dijelaskan. Allah SWT akan memudahkan jalan untuk mendapat rezeki dari setiap arah.
Selain berdoa kepada Allah SWT, umat Islam juga dianjurkan sentiasa bertaubat supaya segala urusan mereka dipermudahkan dan setiap permintaan dimakbulkan seperti berlaku kepada Nabi Nuh yang diceritakan dalam al-Quran.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka aku katakan kepada mereka: Mohon ampunlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh, ayat 10-12).
“Maka aku katakan kepada mereka: Mohon ampunlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai” Surah Nuh, Ayat 10-12
Beristighfar adalah meminta ampun dan semua itu diterjemahkan dalam bentuk ucapan serta perbuatan. Bertaubat meninggalkan dosa, menyesali dosa dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. Jika kamu mengerjakan yang demikian, nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai pada waktu yang telah ditentukan, dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut akan ditimpa seksa hari kiamat.” (Surah Hud, ayat 3).
Imam Al-Qurthubi mengatakan, inilah buah istighfar dan taubat iaitu Allah SWT akan memberikan kenikmatan kepada kalian pelbagai manfaat berupa kelapangan rezeki dan kemakmuran hidup serta Allah tidak akan menyeksa kalian seperti dilakukan-Nya terhadap orang yang dibinasakan sebelum ini.
Menyedari hakikat ini, bagi orang yang mengharapkan rezeki, hendaklah bersegera memperbanyak istighfar, baik dengan ucapan mahupun perbuatan. Hendaklah mengelak daripada menjadi pendusta.
Pada masa sama, tidak jemu berusaha melakukan kerja untuk menjamin kehidupan yang selesa kerana kesenangan tidak datang bergolek sebaliknya memerlukan kesediaan berkorban. Dalam mengejar kesenangan hidup, jangan pula dilupakan persediaan membina kebahagiaan di akhirat.
Oleh Hashim Ahmad
Sumber: Di Sini
0 Comments:
Your Comment here (Komen anda di sini)