Ia merupakan pedoman hidup dan petunjuk dalam kehidupan manusia, ubat yang mujarab untuk mengatasi dan memperbaiki masyarakat serta jalan yang baik bagi orang yang bersedia untuk mengikutinya.
Firman Allah; yang bermaksud: “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad ) al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) perintah kami, engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu), apakah kitab (al- Quran). Dan tidak juga mengetahui apakah iman itu, akan tetapi kami jadikan al- Quran cahaya yang menerangi, Kami bagi petunjuk dengannya kepada sesiapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan al-Quran itu ke jalan yang lurus. Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Ingatlah kepada Allah jua kembali segala urusan.” (Surah al-Syura: ayat 52-53)
Ketahuilah bahawa Allah Azzawajalla, apabila menghendaki bagi hamba-Nya sesuatu kebaikan, terlebih dahulu dinampakkan kepadanya keaiban- keaiban diri sendiri. Maka barang siapa melihat de ngan mata hatinya tidak akan terlindung akan segala keaiban dirinya. Jika ia telah mengetahui keaiban dirinya mudahlah ia mencari ubatnya mengenal kelemahan diri.
Antara kaedah mengetahui keaiban diri:
1. Pandangan dan teguran guru yang terang mata hatinya.
2. Kritikan dan pandangan serta nasihat kawan yang boleh dipercayai.
3. Berlapang dada dengan pandangan dan kritikan musuh.
4. Bergaul dengan masyarakat dan akan melihat kelemahan dan sifat buruk untuk menjadi iktibar kepada diri sendiri.
Pembahagian hati:
1. Qalbun Salim
2. Qalbun Maridh
3. Qalbun Qasiah
Antara penyakit hati adalah dendam dan dengki, sifat riyak, takabur dan bangga diri, pemarah, pengumpat, berpura-pura (munafik) dan terlalu cinta pangkat dan harta.
Rawatlah hati nurani dengan menghidupkan sifat-sifat Allah, bertaubat kepada Allah dengan penuh penyesalan, bersabar atas ujian-ujian Allah.
Di samping itu bersyukur dengan anugerah dan nikmat Allah, takut terhadap kemurkaan Allah dan mengharapkan Keampunan Allah serta ikhlas dalam beribadah dan ikhlas sesama manusia dan sentiasa bertafakur terhadap arahan dan larangan serta penciptaan Allah.
Oleh Dr Asiah Ali
Sumber: http://aki2004.wordpress.com
0 Comments:
Your Comment here (Komen anda di sini)