Kebiasaannya,
bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang
kita akan lakukan?
BERSYUKUR!
Ya,
itulah yang seharusnya.
Tapi... bagaimana
pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan
ujian. Berapa ramai yang bersyukur?
Saya
pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan
ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada bila
ditimpa ujian.
Sedarkah
kita... beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak
kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar
dengan ujian yang diturunkan.
Fiman
Allah SWT:
"Mereka yang
sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang
yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari
kejahatan." (Surah Al-Baqarah, 177)
Saya
pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini:
"After every
storm there is a rainbow."
Selepas
setiap guruh, adanya pelangi.
Walau
apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah
dengan janji Allah.
Biar
kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.
Fikrkan
setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu
juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang
diciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingat
bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan
diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan
keberkatan tertentu.
Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.
Ingatlah
langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina
kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang
kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
Kekurangan
di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya
besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi
kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan
berdoa.
Dan
ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada
pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada.
Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada
kita?
Renung-renungkan.
Jadikanlah
kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan
bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya;
kebaikan mahupun keburukan.
"Dan taatlah kepada Allah dan
Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi
gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta
orang-orang yang sabar." (Surah Al Anfaal, 46)
Sebagai
kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya.
0 Comments:
Your Comment here (Komen anda di sini)