Monday, June 18, 2012

Islam ialah agama damai dan kasih

Ayat-ayat daripada Al-Quran yang merujuk Islam sebagai agama damai, kasih dan persaudaraan:

Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Surah Al-Baqarah, ayat 208)

Dan Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat, dan memberi hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. (Surah Yunus, ayat 25)

…, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan, atau melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; ... (Surah Al-Maidah, ayat 32)

Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat. (Surah Al-Hujurat, ayat 10)

Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah kamu; sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar. (Surah Al-Anfal, ayat 46)

Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang akan melimpahkan rahmat-Nya bagi mereka dengan perasaan kasih sayang. (Surah Maryam, ayat 96)

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada Allah. ... (Surah Al ’Imran, ayat 110)

Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah daripada orang yang jahil. (Surah Al-A’raf, ayat 199)

Sumber: Di sini

0 Comments:

Your Comment here (Komen anda di sini)