Wednesday, May 9, 2012

Erti Hidup Dengan Memberi

Terkadang ada kalanya kehadiran kita di samping orang sekeliling tidak dihargai
Hinggalah salah seorang daripadanya terlebih dahulu melangkah pergi
Walau hanya dengan beberapa pemberian yang sangat kecil pernah diperolehi
Namun itulah yang terus dihargai dan diingati
Inilah lumrah sifatnya manusia yang jarang menghargai apa yang ada di sisi

ERTI HIDUP DENGAN MEMBERI

Walau mungkin tampak pada mulanya tidak dihargai
Lambat laun pasti ia akan meninggalkan kesan pada hati, sanubari dan diri seseorang
Ada pepatah pernah menyebut
Jadilah seperti pokok
Walau dilontar dengan tahi
Namun ia tetap memberikan buah dan kebaikan pada hidupan sekeliling
Ramai yang akan mempersoalkan tentang apakah sumbangan kalian pada yang lain
Sama ada sumbangan pada orang perseorangan, kepimpinan atau pun persatuan
Namun acap kali inilah yang menjadi persoalan dan bualan orang
Sedarkah kita??
Sebelum kita melontarkan persoalan sedemikian..

Cubalah lontarkan :

"APAKAH SUMBANGAN TELAH AKU BERIKAN PADA ORANG YANG LAIN?"

"jangan asyik menuding jari untuk membilang sumbangan orang pada kita, tapi hitunglah dengan jari sendiri apakah sumbangan kita pada orang?"

ERTI HIDUP dengan memberi harus diteladani
Walaupun mungkin pada mulanya ia tidak dihargai

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga."
[Al-Israa' 17: 7]

Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud :
"Tangan yang menghulur adalah lebih baik daripada tangan yang menerima"

Sedarlah bahawa tiada apa yang akan kekal abadi
Sebelum kita semua melangkah pergi
Persiapkanlah segala bekalan untuk diri
Kelak kita jangan menyesal di kemudian hari

Firman Allah swt yang bermaksud :
"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang berterusan adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan"
(Al-Kahfi :46)

Sabda Rasulallah saw yang bermaksud :
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Semoga ERTI HIDUP dengan MEMBERI ini dapat menjadi antara salah satu sumbangan kita yang berterusan selepas kita mati

Biarlah jasad kita mati pada hari ini, namun segala kebaikan yang kita tinggalkan akan terus memberi kurniaan pahala pada diri kita hingga hari qiamat nanti.

Semoga segala pemberian yang pernah diberi akan menjadi salah satu amal jariah kita yang akan berterusan buat diri sendiri lebih-lebih lagi.

Sumber:- Artikel iluvislam.com

0 Comments:

Your Comment here (Komen anda di sini)