MASYARAKAT jahiliah adalah golongan yang jahil terhadap Allah SWT dan bersikap keras. Kebanggaan mereka adalah ketika mampu menyelesaikan segala permasalahan dengan kekerasan dan peperangan.
Mereka merendahkan kaum yang kalah, lemah dan sering kalah dalam peperangan.
Kuda, pedang dan anak lelaki yang kuat merupakan simbol dibanggakan masyarakat jahiliah di zaman Rasulullah SAW.
Dalam keadaan seperti itulah Rasulullah SAW diutus Allah SWT untuk mengubah fenomena kekerasan dengan kasih. Mengubah kebencian dengan sayang dan peperangan dengan perdamaian.
Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT hanya memberikan kasih sayangnya kepada hamba-hambanya yang penuh kasih (riwayat at-Tabrani).”
Bagaimanapun, melabel Islam sebagai agama keganasan atau suka berperang adalah suatu kesilapan.
Begitu juga tindakan-tindakan sebahagian umatnya yang mencemar kesantunan dan lemah-lembut Islam.
Dalam kitab Mizanul Hikmah Imam al-Baqir pernah berkata: “Agama (Islam) ini tidak lain adalah cinta.”
Al-Aqra’ ibn Habis at-Tamimin suatu hari melihat Rasulullah SAW mencium kedua cucunya, Hasan dan Husain.
Dia yang hairan kemudian berkata kepada Rasulullah: “Aku adalah orang yang punya 10 anak. Namun, aku tidak pernah mencium seorang pun antara mereka”.
Rasulullah SAW kemudian menjawab: “Sesungguhnya orang yang tidak punya kasih sayang tidak akan dirahmati (Allah SWT) (riwayat Ahmad).”
Al-Aqra’ melihat bahawa kelembutan dan kasih sayang hanya tumbuh daripada sifat lemah iaitu tidak berdaya dan kehinaan.
Padahal, kekuatan dan kebesaran yang sesungguhnya adalah jika individu itu mampu menampilkan kelembutan dan kasih sayang.
Kelembutan dan kasih sayang mampu menjadi kaedah ampuh dalam berdakwah dan menyelesaikan permasalahan.
Rasulullah SAW pernah bersabda: Kelembutan yang ada dalam segala sesuatu akan menseimbangkannya, dan kekerasan dalam segala sesuatu akan memburukkannya (riwayat Muslim).”
Rasulullah SAW mampu mengganti fenomena kekerasan masyarakat jahiliah zaman itu dengan kasih dan kelembutan yang diberikan oleh Allah SWT kepada beliau. Dengan kelembutan itulah dakwah beliau berhasil.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu… (ali-’Imran: 159)
Bangsa kita seharusnya mampu menjadi bangsa yang santun, prihatin dan rasa kasih sayang kepada semua orang yang memerlukan, termasuk mereka yang memerlukan bimbingan keagamaan kerena akidahnya yang sesat.
Berdakwah kepada mereka seharusnya dilakukan dengan santun dan penuh kebijaksanaan (bil hikmah) lalu didukung perkataan baik (mauizahtul hasanah) atau dengan dialog (mujadalah).
sumber:epondok.wordpress
0 Comments:
Your Comment here (Komen anda di sini)