Kisah tentang seorang wali Allah yang tidak asing lagi dalam dunia Islam, Sayyidi Ibrahim bin Adham radhiyallahu’anh. Kisah ini dipetik dan diolah kembali daripada kitab “Kanzul Minan ‘Ala Hikami Abi Madyan”, yakni sebuah kitab yang mensyarahkan Hikam Abi Madyan radhiyallahu’anh yang telah disusun/ diterjemah oleh Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.
Pada suatu hari, Sayyidi Ibrahim bin Adham sedang berjalan-jalan di pasar. Kemudian, beliau bertembung dengan seorang tentera. Mungkin diakibatkan oleh salah faham, atau mungkin diakibatkan oleh sikap tentera itu yang mahu menunjuk-nunjuk kuasanya, tentera tersebut telah memukul kepala Ibrahim bin Adham beberapa kali. Pada ketika itu, tentera itu tidak mengetahui bahawa yang dipukulnya itu adalah Ibrahim bin Adham. Beliau langsung tidak membalas pukulan tersebut bahkan beliau hanya bersabar dengan perbuatan tentera tersebut.
Setelah kejadian tersebut berlaku dan wali Allah itu pun berlalu, maka sampailah pengetahuan kepada tentera tadi bahawa yang dipukulnya tadi adalah Ibrahim bin Adham. Tentera tersebut dengan segera mendapatkan Ibrahim bin Adham serta terus meminta maaf dengan bersungguh-sungguh kepada beliau. Ibrahim bin Adham lantas menyatakan kepada tentera itu :
“Semenjak daripada pukulan pertama engkau kepadaku, aku telah berdoa agar Allah mengampunkan dosa engkau.”
Tentera itu agak kehairanan dengan doa Sayyidi Ibrahim bin Adham tersebut, kerana perbuatan biadabnya terhadap Ibrahim bin Adham dibalasi dengan kemaafan daripada Ibrahim bin Adham. Tentera itu lantas bertanya kepada Ibrahim bin Adham :
“Kenapa memaafkanku wahai tuan?”
Lantas dijawab oleh Sayyidi Ibrahim bin Adham :
“Masakan tidak. Disebabkan pukulan daripada engkau dan aku bersabar dengannya, maka aku akan dimasukkan ke dalam syurga. Maka seharusnyalah aku berterima kasih kepada engkau. Justeru itu aku balasi dengan doa semoga Allah mengampuni kesilapan engkau.”
Semenjak daripada saat itu, tentera itu terus beradab dengan Sayyidi Ibrahim bin Adham dan menjadi anak murid beliau.
Begitulah contoh akhlak dan sikap seorang wali Allah, seorang yang mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT.
Seharusnya kita sebagai orang Islam berusaha untuk mencontohi akhlak mulia seperti contoh yang ditunjukkan oleh para solihin terdahulu.
Wallahu’alam.
Sumber: - Artikel iluvislam.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PALING BANYAK DILIHAT BULAN INI
-
MATEMATIK Pengenalan Sarjana-sarjana Islam telah memberi sumbangan yang amat besar dan bermakna di dalam bidang perkembangan ilmu matemati...
-
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ALHAMDULILLAH pada ruangan kali ini, penulis ingin mengajak perbincangan berkenaan dengan galakkan un...
-
Apabila berdepan masalah hidup, fikiran dan perasaan menjadi resah serta bercelaru. Namun, Allah memberikan orang mukmin pelbagai jalan ba...
-
SETIAP manusia dikurniakan dengan nikmat pancaindera yang melengkapkan sifat seseorang menjadi manusia sempurna termasuk nikmat pendengaran,...
-
Ibadat terap pembinaan moral, disiplin, perpaduan sesama ummah PERISTIWA Israk dan Mikraj menjadi bukti perjalanan Nabi Muhammad SAW menemb...

0 comments:
Post a Comment
Your Comment here (Komen anda di sini)