Saturday, March 9, 2013

Hikmah disebalik gerakan dalam solat

Solat adalah amalan ibadah yang paling profesional bagi Anatomi tubuh manusia. Dari sudut pandangan ilmiah, solat ialah gudang ubat bagi pelbagai jenis penyakit.

SUJUD
Postur: Menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Manfaat: Aliran getah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah kaya dengan oksigen boleh mengalir maksimum ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Kerana itu, lakukan sujud dengan tuma'ninah, jangan tergesa gesa agar darah mencukupi kapasitinya di otak. Postur ini juga menghindarkan gangguan buasir. Khusus bagi wanita, baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.


Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang:

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

15. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.

TAKBIRATUL IHRAM
Postur: berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah. Manfaat: Gerakan ini melancarkan aliran darah, getah bening (limfa) dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Ketika mengangkat kedua-dua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang kaya dengan oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua-dua tangan didekapkan di depan perut atau dada bahagian bawah. keadaan ini menghindarkan dari pelbagai gangguan persendian, khususnya pada tubuh bahagian atas.

RUKUK
Postur: Rukuk yang sempurna bertanda tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang. Manfaat: Postur ini menjaga kesempurnaan kedudukan dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Posisi jantung sejajar dengan otak, maka aliran darah maksimum pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi relaksasi bagi otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan kencing untuk mengelakkan gangguan prostat.

IKTIDAL
Postur: Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi telinga. Manfaat: I'tidal adalah variasi postur setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bungkuk berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ organ pencernaan di dalam perut mengalami urutan dan pelonggaran secara bergantian. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.

DUDUK
Postur: Duduk ada dua iaitu iftirosy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbezaan terletak pada posisi telapak kaki. Manfaat: kita bertumpu pada pangkal paha yang disambungkan dengan saraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya seperti tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik bagi lelaki sebab tumit menekan aliran pundi kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki (prostata) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, postur ini mencegah impotensi. Variasi posisi telapak kaki pada iffirosy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga. kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.

SALAM
Gerakan: Memainkan kepala ke kanan dan ke kiri secara maksimum. Manfaat: kelonggaran otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga kekencangan kulit wajah. Beribadah secara, berterusan bukan saja menyuburkan iman, tetapi mempercantik diri wanita luar dalam.

0 Comments:

Your Comment here (Komen anda di sini)